Sudah lama tidak upload gambar-gambar dalam FP ni. Bz banyak kebelakangan ni. Pening-pening..
Pada tarikh 28 Nov 2008, seorang kawan saya telah selamat bernikah dengan pasangan hidupnya. Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan meriah di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Majlis persandingan sebelah pihak perempuan berlangsung pada malam tersebut di Dewan Komuniti Sri Petaling dan sebelah lelaki berlangsung pada 30 Nov 2008 di rumah pengantin lelaki di Kajang, Selangor. Berikut adalah bebrapa gambar majlis perkahwinan mereka.
saya senang bekerja dengan mereka berdua lagi pun mereka bukan orang lain..member saya jugak. Apa-apa pun, saya ingin ucapkan tahniah & semoga berbhagia selalu.